Assalamualaikum...
Berabad baru nak update blog khenzz. Sejak semenjak dah xbergelumang dengan laptop ni makin malas *memang dah malas -.-* nak update. Padahal ade jer aktiviti aku. Tapi mostly aktiviti aku dok umoh je. Biasa lah penganggur terhormat tunggu pishang :p
Ingat tak post aku pasal header baru? Kan aku dah tukar header hak yang paling simple among the world. Eh?? hahaha. Tajuk dia *Pelik. Cakap. Makan. Melancong*..........
Haa tak ke simple tu. Loading korang pun tak de lah berat nau khenz. ehek.
Ok dah Cakap. kosong sekarang mase untuk Cakap. pasal mana tempat yang aku dah jelajah. Cehhh bunyi macam banyak je khenz. Start dari kecik boleh tak?? haha.
1. Penang
Penang last aku pegi mybe time tu form 2 kot. First time pegi time akak aku hak sulung konvo dekat usm. Mase tu umur aku baru 7taun beb *dari darjah 1 aku suka kamuuuuu* tahun 1999 kot. Umur 7taun ape yang tau ye dok.
Pegi pun dengan arwah cik ripin naik van woo. Vroomvroomm ahaks. Ikut pulak Kuala Kubu keje aku Tido. Bangun. Muntah. dan memikir bile aku nak sampai ke destinasi ni haaa. Penat tau dok muntah bluwek ni. KURUS i nok....hahaha
2. Johor
Johor kali pertama pegi mase akk aku hak num 2 kawen. Dekat skudai. Kirenye sambut menantu belah sane lah kan. Pun aku pegi mase aku tak tahu ape2 umur baru 11 tahun. Darjah 5 kot. Ape kau tahu mase ni tahu main jelah.
Lepas tu aku dah tak pernah jejak kaki lagi sampai lah aku semester 5 ke 6 pergi ke Tangkak sebab nak cari kain buat ape ntah. Dari Tangkak terus shoot ke Muar. Yelah dari Merlimau nak ke Muar tu dekat je kot. uhukz.
Dan last aku pegi baru2 ni. Tak baru mane lah bulan 11 2013. Pun antar sepupu kawen sambut menantulah time tu dekat Batu Pahat.
3. Melaka
Kali pertama pegi masa raya umur tak tahu berapa tapi yang penting belum baligh lah :p budak sekolah rendah lagi. Pegi sebab ape pun ntah.
Pas tu aku terus menetap dekat melaka dari tahun 2010 sampai 2013. Dapat further study dekat situ. Dekat ceruk ok Politeknik Merlimau Melaka (PMM). 3 tahun kat sane bosan nye -.- tapi bosan2 pun xabeh jugak jelajah. Yelah student khenz mane berduit sangat. Lagipun mase tu tak de kesedaran nak invest duit untuk melancong. SEDIHSEDIH t_t
So, kalau korang yang still study kumpullah duit buat pegi travel. Sirius weyh nanti menyesal macam AKU t_t aku menyesal ni. SOBS!
4. Perak
Lupe ah penah pegi Perak. Pegi ikut trip geografi untuk kelas kami tingkatan 4ikhlas. Perak tujuan kami pegi ke Taiping sebab nak masuk gua katanya tengok batu-batu granit ke stalagtit ke stalagmit ke khenz. hahaha. *gigih google name-nama batu tu doe ingat2 lupe* :P
Kalau pegi Perak tak sah lah kan kalau tak tengok orang buat labu sayong kan. Dekat situ aku dah memborong sakan labu2 sayong2 nye. ahaha. abis duit tau!
5. Langkawi
Kire pegi langkawi ni bukanlah pegi suka-suka tapi ada misi weyh. Misi ber'praktikal' di DE BARON RESORT. Yelah aku kan student Hotel Management gitew. Memula hajat tu nak praktikal dekat Pahang je dekat Kuantan tapi bile aku pikir2 balik dan lecturer aku pun sibuk no tanye aku dapat satu jawapan yang sangat bernas.
Jawapan : DAH ALANG-ALANG SAYA DUDUK DEKAT MELAKA NI PUAN ELOK JUGAK SAYA PEGI KE LANGKAWI TU. ALANG-ALANG JAUH KAN PUAN. hehehe
Skema tak jawapan aku??? Tapi honestly cakap itu adalah pengalaman yang tak ternilai!!! Cuba kalau aku praktikal dekat Kuantan tak merasalah pegi Langkawi. huhu
6. Negeri Sembilan
Yang ni pegi rumah pakcik I punye mertua + ada sedara kitorang duduk dekat2 situ cik Jama dia kawen dengan orang sana n menetap dekat sana. Sana tu dekat Gemencheh (Gedok). Situ jalan die popalih orang pahang cakap ala2 Kuala Kubu berpinor mate aku. Tapi tahan lah tak muntah khenz. Syabas utk diri sendiri :p
7. Kelantan
Kelantan aku sekarang ni asek pegi je. Yelah dapat akk ipar orang sane kan. (bakal) hihihi. Raya ke3 majlisnye. So kerja keras. hik3. Tapi sebelum tu aku memang dah penah pegi Kelantan pun mase bebudak lagi.
Journey Kelantan dalam tahun ni :
2-3 April = Tujuan pegi KPTM teman sepupu amek sijil diploma dia
28-29 May = Pegi dengan rombongan sekolah akk aku yang sulung. Main point sebenarnye diorang nak pegi melawat cikgu sekolah diorang yang sakit kanser lemak dekat Jetih. So pegi Jertih dulu baru ke Kelantan, Kota Bharu.
10-11 June = Tujuan MEMINANG.
Nampak tak betapa berturut2 bulan pegi ke Kelantan. Nanti bulan depan JULAI pegi lagi. ahakz.
8. Pahang erkkk
Yang Pahang ni perlu ke cite sebab aku orang pahang kot. Hogoh Pahang Hogoh. ekeke. Tapi walaupun aku orang Pahang tak Bermaksud aku dah habis jelajah yeeee. Pendekkan cite aku duduk dekat Raub tempat2 yang menarik yang dekat Raub ni pun aku tak habis jelajah lagi acano eh. haha
Dekat Raubkan ada Genting, Bukit Freser, Lata Lembik, Bukit tinggi *erk jap ni masuk dalam Raub ke tak eh komfius*. Biar lantaklah deme google lah sendiri yeee. hihi. Ni semua aku tak pernah pegi lagi tau. TAK PERNAH PEGI!!!!
See, nampak permainan dia kan. Even aku ni dekat sangat dengan tempat2 gitu tapi aku tak pernah lepas lagi. Grrr. Loser sangat khenz. ahakz.
Dekat Pahang ni yang pernah aku pegi aka selalu satu tempat je CAMERON HIGHLAND. Sebab pegi Cameron dekat je weyh deme. Popalih dekat. *keluar dah bahasa pahang :p* Dekat sungguh kot 2jam jer perjalanan. selalunya pegi pagi balik petang. Alahai. ahakz. Sampai aku dah naik bosan dah asyik pegi Cameron je.
Meh nak belanje satu dua gambor dekat Cameron. keh3
Puas aku nak terbalikkan gambor ni. Grrrr. Mari jamu mata anda tengok ladang Lavender CAMERON HIGHLAND. peace yowww.
tak tahu bunge ape main sedut je. Tapi bau pun takde! Amek feel jelah.
cukup2 lah tu belanje korang kan. ekeke.
Kuala Lumpur tu biasalah kan ke nak masuk dalam senarai jugak?? hahaha. tak payahlah semak kot. Ade lagi kot aku pegi jejalan tapi ntah dah tak berapa ingat. Aku ingat nak start travel. Bila tengok Qi Razali dalam destinasi bajet, Romantika etc berkobar2 kot nak pegi travel tapi duit pulak silap nan hado. haish.
Planingnya aku nak jelajah negeri kesayangan aku ni dulu. Dah habis jelajah sini baru kite keluar dari sarang baru tekejut berok tengok tempat orang. kahkah. Tapi tulah kalau dulu menyimpan duit invest untuk travel walahhhh gua cakap sama lu bro.
So, pada adik2 abg2 akk2 yang tengah study tu jangan dok perabih duit ptptn, yayasanPahang, mara etc kau tu kelak merana diri. Dari korang beli phone baik korang invest duit untuk pegi melancong. Muda2 ni lah syok melancong besok dah membongkok susahlah dah barulah meratap nasib macam aku. tsktsk t_t
Baiklah till then. Senyum lalu deyh molek sikit hehek (: