PERINGATAN UTK KAUM WANITA.... MINTA BACA!!!
Assalamualaikum w.b.t
Entry ny aku na share2 sikit dengan
ladies2 kt luo uh.. sila baca keyh.. penting ny beb sume tok keselamatan.. baca
la ye
Peringatan
kepada semua !!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms
Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen
minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas
membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut,
atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu
yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk
membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai
mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia
menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk
meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk
ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu
terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan
menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang
dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang
mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan
bersembunyi dikerusi belakang.
Dengan segera beliau telah menghubungi
pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu
keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta
itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan
ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk
membawa balik bahagian badan seorang wanita.
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah
dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita
manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu
malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan
kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan
memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila
sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati
apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi
atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri
pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan!
Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di
Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta
berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa
sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka
terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di
dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!
Be extra careful,ladies...
Please pass this
on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!
Okeyh la u ols t malam ekit aku buat entry
sal semalam lak..ekeke
Tunggu ehehe
J
Adios amigos
2 comments:
bagus nasihat ni, malang x berbau kan??
miss purple : ehe btol uh malang mg ta berbau
so kte kne la salu beringat..
kite an pmpn..
:)
Post a Comment